KURMA
- Kaya dengan gula semulajadi yang membekalkan tenaga untuk fizikal dan mental
- Juga mengandungi bahan anti oksidan yang tertinggi dalam kalangan buah-buahan kering.
- Dapat menstabilkan emosi serta kaya serat untuk membantu pelawasan.
- Kurma juga mampu memperbanyakkan susu ibu. Pengalaman Sue dulu sewaktu menyusukan Hana dan Hani, Sue selalu memakan 7 biji kurma selepas mengepam susu. Selain itu, jus kurma dibancuh bersama ESP. Rasa yang sangat sedap. Apa akan jadi pada susu? Susu rasa lebih manis dan sedikit melekit.Ibu-ibu menyusu boleh mencuba menu best ini.
DELIMA
- Kaya vitamin dan bahan anti oksidan yang melancarkan aliran darah.
- Pengambilan delima juga membaik pulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.
BUAH ZAITUN
- Bukan sahaja baik untuk kesihatan, buah zaitun juga bagus untuk kecantikan kulit.
- Rambut dan kuku juga menjadi lebih sihat serta kuat.
MADU
- Mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga bahkan elok juga untuk kecantikan kulit.
No comments:
Post a Comment