Monday 28 October 2013

TIPS PENYUSUAN BERGANDA

Alhamdulillah..kali ni sue nk sharing mengenai posisi penyusuan..haha..ni yang best..sepanjang 22bulan penyusuan hana n hani..macam2 ragam dieorng menyusu..time kecik agak sopan sikit..bila dh besar ni..mcm2 gaya..kuak lentang..kuak dada..kuak kupu2 semua ada..hehhe..paling best mama bersandar atas kerusi...diorang berdiri je dua2..haaha..ni la detik2 indah sue dengan hana n hani..rasa sedih sangat bila nk wean off nanti..mak n suami dh bnyk  kali mintak sue wean off sbb nmpk sue mcm penat nk melayan cik kembar ni..tp alhamdulillah..sue masih mampu tersenyum..alhamdulillah masih bersama shaklee..dan rezeki hana n hani hingga kini..syukur..

Ok..kat sini sue nk crita sikit pasal posisi penyusuan..
1. Buaian berganda..
~ kaki baby diletakkan pada anak kecil

2. Bola sepak berganda
~ dengan bayi baru lahir bersandar pada bantal dan anak kecil duduk disebelah anda..dan lutut menghala keluar..

3. Berbaring di sisi dengan anak anda lebih besar menenggek di sebelah anda atau melutut di belakang anda.

4. Baring terlentang dengan kedua dua anak bersandar pada bantal..

Banyak cara penyusuan berganda ni..dan anda mungkin menjumpai kedudukan yang sangat berbeza dengan kedudukan di atas yang paling sesuai untuk anda bertiga...hargai dan rasainya sendiri..ia trrlalu indah untuk diungkapkan..

Salam kasih sayang dari mama sue...

PENYUSUAN BERGANDA?ADAKAH SESUAI UNTUK ANDA?




Bagaimana anda menyusu lebih daripada satu bayi yang berbeza atau serupa umur pada masa yang sama?

sue masih merasainya sendiri sehingga skrg..hana n hani masih berebut2 mencari susu..pantang nampak sorang menyusu sorang lgi pon nk join jgk..kdg2 tu ada sesi berebut jgk..mmg pengalaman yang berharga yg tak boleh dibeli dengan wang ringgit..

Topik hari ni membuat pilihan bagi penyusuan berganda?mesti ada sesetengah di kalangan kita merasainya..

Anda dh berjaya menyusui si manja sepanjang kehamilan dan kini anda melahirkan baby lagi?tahniah..♡♡♡

Pasti anda terfikir untuk membuat pilihan kan?samaada masih ingin teruskan atau ingin wean off yang dh besar tu..tp mesti kesian kan...so kat sini sue kongsikan tips penyusuan berganda..

1. Ingat bahawa bayi yang baru lahir adalah keutamaan anda. Selepas bersalin, susu akan berubah menjadi kolestrom pekat dalam jumlah yg kecil. Kolestrom ini kaya dengan protien,mineral, dan vitamin serta kaya dengan antibodi yang sangat berharga yang membantu melindungi bayi terhadap penyakit.

2. Oleh itu, anda perlu menyusukan bayi anda dahulu bagi memastikannya mendapat secukupnya kolestrum yang diperlukan dalam beberapa hari sebelum susu datang..

3. Selepas beberapa hari merasai kehadiran susu anda, biasanya 3-5 hari boleh lah teruskan dengan penyusuan berganda untuk kedua-dua si kecil anda...

ini sahaja sharing sue buat kali ini..insyaallah ,sue akan kongsikan lagi tentang penyusuan berganda..dan jika anda mengalami masalah penyusuan..boleh menghubungi sue..insyaallah sue akan membantu anda

Selamat menyusu kawan-kawan..rasai detik-detik indah ini..ia terlalu bernilai..

salam kasih sayang dr mama sue...



Sunday 27 October 2013

DERITA SENGGUGUT

Salam sayang kawan2..kali ni..entri sue mengenai senggugut..mesti pernah merasainya kan.risau n bimbang tarikh2 keramat dalam bulan itu..betul x?

Pernah jugak dulu sue merasai saat ini..kdg kala setiap bulan..time tu masih study kt uum..mesti setiap bln mc..kadang2 terguling2 atas katil..habis botol letak air panas..kadang2 best lagi hinggakan amik seterika n gukung dengan kain batik n bertunku di perut..siksa betul time tu..

Tapi alhamdulillah..dah lepas berkahwin problem senggugut ni dah hilang..buat masa ni..period pon blum menjelma lagi since bersalin hana n hani..heheh..

Ok..kawan2 yang mengalami senggugut, sue suggest
♥Gla : yang berfungsi menstabilkan hormon dan mengurangkan kesakitan . Boleh diambil semasa period

♥B Complex : merupakan vitamin yang bersifat penenang..vitamin b juga dapat menstabilkan emosi seseorang individu..jadi kesakitan yang dirasai kurang menggangu emosi anda.

♥osteomatrix : merupakan kalsium tambahan yang sangat bagus untuk semua individu...

Nk tahu lebih lanjut? Boleh pm sue
Msg or whatapps:0125997529
Email : suetimie@gmail.com

REZEKI BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum semua..salam ziarah bg pengunjung blog sue ni..kali ni sue nk sharing tentang penglibatan sue dalam Shaklee..

Hampir setahun lebih Sue berkecimpung dalam Shaklee..first dulu nk jd ahli sebab memang guna produk Shaklee..bayangkan..anak 1st dulu sue hanya mampu menyusukan Fatihah hampir 6 bulan shaja..tapi kali ni..sue mampu menyusukan hana n hani sehingga sekarang..setahun 9bln masih mnyusu badan..best sgt2..syukur pada Allah yang mempertemukan sue dengan Shaklee..

Macam mana dipertemukan?haha..best jgk..bila kandungan twin hampir 9 bln,sue mmg x mampu nk berjalan n buat kerja berat..hnya makan dan rehat shj sbb berat sangat perut time tu..so sambil2 tu keje sue hnya surfing tenet..mmg time tu asyik study pasal ilmu bf ni..sbb memang nekad nk bf twin ni..dan terjumpa la website ni..anakkuwiraku.com..mmg mnjadi sumber inspirasi sue dulu hingga kini..

Dari beli sikit2..trus dpt offer dr kak n..join shaklee..haha..amazing..ingat guna sendiri je..tapi ramai plak nk rasai sendiri kehebatan Shaklee..haha..memang best..bdn sihat..poket pon mula tebal..ramai yg tertarik nk cuba lepas tgok sue pam susu..skali pam kadang2 bleh dpt 8oz..masing2 teruja.nk cuba jgk..mmg best sgt set myusu shaklee..bdn pon segar je wlpon x ckup rehat..alhamdulillah..sehingga kini masih bersama shaklee..

Dan sape2 yang ingin menjana pendapatan bersama shaklee..jom join team sue..anda akan di masukkan dlm secret group sue..dan kita akan bersama sifu hebat..iaitu Master Norita..insyaallah..sue akan bimbing utk kalian berjaya..anda yg decide brapa income yang anda akan dapat..yang penting.sharing n sharing...

Nak tau lebih lanjut..pm sue
Msg or whatsapps 0125997529
Email suetimie@gmail.com

Thursday 24 October 2013

CANTIK BERSERI BERSAMA VITAMIN SHAKLEE


SET KECANTIKAN YANG SENTIASA MENJADI REBUTAN PENGGUNA..MUDAH DIAMBIL
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Apa kata mereka yang telah mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee ini?



Ingin mencuba produk Shaklee?

HUBUNGI

NOR SHUHADA BINTI HJ AZIZ

Shaklee ID 891072
suetimie@gmail.com / 012-5997529
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Wiwin Hanani Vita-Shop
FB: Sue Shuhada (https://www.facebook.com/sue.shuhada.3)(SILA ADD FRIEND DULU YE) COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Kota Bharu, Kubang Kerian, Nilampuri, Mulong, Tunjong

Wednesday 23 October 2013

HEBATNYA VITAMIN C SHAKLEE

Vitamin C : C untuk cantik...C untuk cerah....C untuk Comel...

Hebatkan penangan vitamin C ni..Hampir setahun penantian untuk memiliki vitamin hot ini...memang macam pisang goreng panas..hebat sungguh..Ada sumber mengatakan vitamin C shaklee memang kehabisan stock disebabkan oleh segelintir peniaga produk kecantikan memborong dan mempacking semula....memang awsome la...sebab semua orang nak cantik kan?..jom kita tengok ape kepentingan vitamin C ni ...

Kepentingan Vitamin C 
Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.



ingin mengetahui testimonial pengguna vitamin C?
credit to babyqhaireen.blogspot.com


Ingin mencuba produk Shaklee?

HUBUNGI

NOR SHUHADA BINTI HJ AZIZ

Shaklee ID 891072
suetimie@gmail.com / 012-5997529
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Wiwin Hanani Vita-Shop
FB: Sue Shuhada (https://www.facebook.com/sue.shuhada.3)(SILA ADD FRIEND DULU YE) COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Kota Bharu, Kubang Kerian, Nilampuri, Mulong, Tunjong


Monday 7 October 2013

MIGRAIN...APA YANG ANDA PERLU TAHU?

ADUH..KEPALA BERDENYUT-DENYUT DI SEBELAH KEPALA...
KENAPA TANGAN DAN BAHU TERASA KEBAS..SAKITNYA....

ANDAINYA ANDA MERASAKAN PENGALAMAN SEPERTI DIATAS...ANDA SEDANG MENGALAMI MIGRAIN..KAT SINI ADA SEDIKIT PERKONGSIAN YANG SAYA PETIK DARI DRZUBAIDI

APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :\
Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.\
Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

RAWAT MIGRAIN SEBELUM TERLAMBAT...JADI ANDA PERLU..

Cara elak migrain :HINDARKAN : -Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
-Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-Elakkan bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Makanan yg sesuai untuk pesakit migrain?

* telur : kerana kaya dengan Omega 3 yg dikatakan amat baik untuk merawat migrain
* kekacang : kerana mengandungi magnesium. Tahukah anda bahawa kekurangan magnesium dlm badan boleh menyebabkan migrain. Selain itu, magnesium juga dikatakan berkesan utk menenangkan fikiran yg berada dlm keadaan tegang ketika tengah diserang migrain.
* susu : riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dlm tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga kerana kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain!
* bayam : kaya dengan magnesium
* salmon : tinggi kandungan Omega 3


Cadangan suplemen untuk migrain? Tentu anda sudah dapat teka kan.. Ya, sudah pastikan suplemen asas untuk migrain ialah Ostematrix calsium dan Vitamin B compleks.



Ostematrix calcium
 (mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, kuprum, mangan dan boron)

* kalsium bukan sahaja penting dalam membina tulang dan gigi, malah ia juga membantu memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, meringankan stress, memperbaiki masalah haid, pengalkalian tubuh dan juga memperbaiki hiperakiviti perut dan gastrik.
* magnesium pula penting metabolisme kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu penyebab migrain. Terdapat kajian dibuat keatas magnesium dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
* vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Ketiadaan unsur vitamin D dalam suplemen kalsium akan menyebabkan penghasilan batu dalam ginjal atau pundi kencing. Maka, berhati-hati ketika memilih suplemen kalsium di luar!


Vitamin B compleks

* Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B compleks Shaklee yang lengkap ini bukan sahaja mengurangkan risiko migrain malah boleh mencegah anda  daripada penyakit-penyakit spt depresi, strok dan sebagainya
* Vitamin ini juga memastikan kesihatan fungsi saraf dan sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Actually, pengambilan Ostematrix calsium dan Vitamin B compleks adalah suplemen asas untuk pesakit migrain. Tapi, sekiranya inginkan hasil yang terbaik, dicadangkan pengambilan Omega Guard.



Omega Guard

* Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spektrum 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
* Omega guard penting dalam mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala.
* Disamping itu, omega guard juga bermanfaat untuk merawat penyakit sendi, gout, osteoathritis, rheumatoid athritis, asma, kanak-kanak autisme, mengurangkan level Homocysteine dikalangan pesakit kencing manis, menterbalikkan rintangan insulin, menghalang pembentukan batu karang dan sebagainya.


Jagalah kesihatan anda! Gunakan hanya yang semulajadi.. Badan sihat minda cergas...ANDA MASIH BELUM TERLAMBAT


Friday 4 October 2013

Vivix..nafas baru pesakit kritikal

Alhamdulillah..lamanya x bertemu..kali ni sue nk share pasal vivix..ramai customer yang tny tentang vivix ni..vivix memang produk yng sangt2 awsome..kenape ek..

Jom..tgok kelebihan vivix
¤vivix utk mengekalkan awet muda
¤vivix mampu merencatkan sel kanser menjadi semakin serius
¤mencegah kanser prostat..pankreas..gastrik..dan tiriod
¤mengurangkan pelekatan antara platlet..
¤melindungi jantung
¤menghalang pengoksidaan LDL
¤melindungi peparu dari kerosakan DNA
¤melindungi saraf
¤menghalang virus herpes jenis 1 dan 2 dari membiak
¤merencatkan pembiakan h.pylori
¤melindungi dari kerosakan bahagian otak
¤melindungi luka dari radiasi uv

Nk harga istimewa dr sue..jom pm sue..

Tuesday 17 September 2013

SAKIT JANTUNG..APA YANG PERLU KITA TAHU?

PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, akibat serangan jantung memberi kejutan dan seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua, khususnya yang mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung.
Ramai terkejut kerana beliau meninggal dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat dengannya juga tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa berlaku kepada mangsa serangan jantung lain.

Termasuklah dalam keluarga Sue. Pemergian arwah abang dan ayah sangat mengejutkan semua. Abang pergi mengadap ilahi dalam usia 34 tahun. Manakala ayah pula dalam usia 63 tahun. Bayangkan dalam masa 6 bulan, sue kehilangan 2 insan tersayang. Sedih dan sayu sangat mengenangkan nasib anak2 buah Sue ketika itu. Kakak ipar Sue sedang mengandung 6bln. Si kecil itu dan satu2 nya anak lelaki tidak sempat menatap wajah ayahnya. Apatah lagi si kakak dan adik yang begitu rapat dengan ayahnya. Di sebabkan kematian yang mengejut, doc mengesahkan bahawa kematian itu disebabkan jantung. Sedih..ayah dan abang tidak pernah ada rekod sakit di sebabkan jantung..sebelum ini, sihat dan segar shj..Ternyatalah, sakit jantung mmg pembunuh dalam senyap.

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan. jom kita tengok apa yang perlu kita tahu tentang penyakit ini..

-Kelesuan (F).

-Aktiviti menjadi terhad (A).

-Dada terasa sesak (C).

-Buku lali bengkak atau edema (E).

-Sesak nafas (S).


FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

SET PENYUSUAN BUGET

Set susu banyak
Set penyusuan buget....memang mnjadi pilihan ramai ibu-ibu masa kini terutamanya ibu yang berkerjaya..best sangat set ni sebab cik sue sendiri pon masih consume hingga kini..hehe..si kembar dah berumur setahun lapan bulan..masih lagi mnyusu..penat?mmg penat kalau x amik supplemnt..serius cik sue ckp..da jgk kdg tu cik sue terlupa..tambah2 esp yg malas sangat nk bancuh..hehe..memang ketara sangat hari tu..badan penat..temengah2..susu pon rs sikit je..wlpon cik sue x pam..kalo x amik esp..cik b rs ringan je..tu yg rs susu mkin drop..huhu..satu lagi bila amik esp ni kulit rs moist je..best kan..x pyg pakai blusur je..pink2 je pipi..cik abe pon geram..hehe..

Alfalfa plak menjadikan cik sue mcm anak dara..heheh..ni mmg jelas la..bagus bagi sape2 yg ada keputihan..sangat2..satu lagi kalo sape2 ada alergi..sinus or kerap dok bersin tu...mmg berkesan sgt..bgus utk milk booster jgk..susu bnyk..ketat lgi..kelass kau mama..heheh

Osteomatrix? Heheh..membuatkan cik sue akan ke tandas keesokan paginya...bgus untuk pelawasan..bgus jgk untuk sape2 yg ada masalah gigi tu..yg best nya..mama2 akan boleh diet..sbb pengadaman bgus..so lemak x terkumpul..ni boleh gantikan herbalax yg x da skrg..hehe..kalo cik sue amik 4 bj before tdo..mmg lencun la dulu2..skrg hana n hani x sekuat dulu..saje2 je nk main2..

Ok tu sedikit sebnyk cik sue nk share hari ni..salam manis dr cik sue=)

Sunday 15 September 2013

RAYA 2013~ PUTRAJAYA~ALOR SETAR~BEIJING


 Lama dh cik Sue tak menulis entry. kali ni ni nk berkongsi cerita tentang raya kali ini. Kali ini beraya di Putrajaya. Umah mertua Cik Sue..Suasana happy di samping adik adik ipar yang sangat happy..best.. Malam saya pertama tu terus balik ke Kedah. Rasa raya di Kedah pulak. X boleh nk digambarkan sebanrnya sebab ni tahun ke 2 cik Sue beraya tanpa ayah. Sedih n sunyi sangat bila ayah tiada. Hanya mak menemani kami di Kedah. 


Seterusnya hari raya ke 4 cik Sue dah ke Putrajaya semula sebab ada hal sikit dengan pemaju perumahan. Sibuk sangat..Aduh mmg x beraya mana lah. Keesokkan harinya sibuk dengan persiapan untuk fly ke Beijing.
Alhamdulillah. penerbangan ke Beijing mengambil masa 6 jam. Kami tiba di Beijing Capital Airport dalam pukul 1 pagi. Penat yang teramat-amat. Kesian pada si comel2 saya tu. Letihnya..


ni sedikit coretan dari sana. Cik Sue memang x sempat nk amik gambar. kalam kabut dengan 3 anak dara yang comel tu. masing-masing ada karenahnya. Ape yang best kat sana, 3 si comel cik Sue ni dh jadi macam artis. sbb semua org excited dengan baby. Untuk pengetahuan semua, kat sana memang susah sangat nk jumpa baby. Disebabkan rakyat cina yang terlalu ramai, maka kerajaan China menghadkan bilangan anak. Setiap pasangan hanya boleh melahirkan seorang anak. Jika anak pertama lelaki, maka cukuplah anak mereka. Sekiranya perempuan, boleh lah bersalin sekali lagi. Namun paling maxsimum pon 2 orang . 

Yang best lagi kat China ni, bila tgok design bangunan die. Canggih dan cantik. Memang lah kan..tiudak di nafikan, China merupakan negara pertama kan dalam ekonominya..menggunakan Bahasa mereka sendiri..mereka mampu melakukannya..Hebat..

ok..nnti cik sue share lagi...tgok pict atas tu...hubby mithali membancuh susu di Great Wall..hehe..terbaik...ok ini percutian sendiri..Insyaallah percutian seterusnya bersama Shaklee pulak...Insyaallah..

PENGEDAR SAH SHAKLEE KOTA BHARU, KUBANG KERIAN DAN NILAMPURI

vitamin Shaklee Kota Bharu
Assalamualaikum ..

Ramai di antara kita masih mencari-cari kat mana boleh dapatkan produk Shaklee kan? Jangan risau..Sekiranya anda berada di kawasan Kubang Kerian dan Kota Bharu serta kawasan Nilampuri..anda boleh mmnghubungi saya 012-5997529.. Insyaallah saya akan COD di kawasan-kawasan ini. ..tapi kalo nak walk in pon boleh jugak..boleh gunakan ID saya 891072  di cawangan Shaklee iaitu bertentangan dengan Billion.. di buka setiap hari kecuali hari jumaat..dan Sabtu

Dan sesiapa ingin menjana pendapatan bersama Shaklee, sue sangat mengalu2kan kedatangan anda dalam kumpulan besar kami. Insyaallah Sue akan berikan yang terbaik untuk anda. Pendapatan lumayan?itu anda yang tentukan. Sue akan berikan jalan dan anda besarkan jalan itu sendiri jika anda ingin berjaya. Hanya rm65 seumur hidup anda mampu mngubah kehidupan anda sekarang. Serius nk berjaya? boleh buat belian rm600 dan anda akan dapat keahlian percuma. Warga kelantan yang ingin berjaya..cepat pm sue..insyaallah. Kita gempur branch sama2..

Nak tau lebih lanjut tentang supplement Shaklee
Sue : 012-5997529 (whatApps n msg)
Email : suetimie@gmail.com

Sunday 30 June 2013

ANAK LEBIH CERDIK APABILA MENYUSU BADAN?

Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.

Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.
Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.
Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.
Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.
Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.
Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.
Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.
Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.
“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.
Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.

MEMULAKAN PENYUSUAN?

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.



  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Wednesday 26 June 2013

BAYI MENANGIS?KENAPA?

Apakah sebab bayi menangis?

 

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan

Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk

Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa.

Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk

Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua. 

5. Saya perlukan rehat

Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat

Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
Lihat artikel kami tentang bila harus menghubungi doktor untuk panduan lanjut.

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu

Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat  angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.
Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.