Persoalan berapa banyak susu cukup untuk anak saya sering menghantui kita kan?Semua ibu biasa mengalaminya. Bila anak menangis, kita semakin resah..kenapa? masih tertanya-tanya kenapa si comel kita menangis...susu dah beri...tapi nangis lagi..lampin dah tukar..nangis lagi..Mungkin susu tak cukup..Betul tak?
Sebenarnya, bayi
menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa
selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang
menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang
keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.
Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan
bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi.
SAIZ PERUT BAYI KITA. SUMBER:RATUHATI |
HARI PERTAMA
SEBESAR BUAH CERI
ANGGARAN 5-7ML
HARI KETIGA
SEBESAR WALNUT
ANGGARAN 22-27ML
0.75OZ-1OZ
SEMINGGU
SEBESAR APRIKOT
45-60ML
1.5 -2 OZ
SEBULAN
SEBESAR TELUR
2.5 HINGGA 5 OZ
TETAPI
APA YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA BAYI DIBERIKAN SUSU MELEBIHI KUANTITI YANG BERSESUAIAN DENGAN UMUR INI?
1. BAYI AKAN MUNTAH SUSU
2.PERUT BAYI BERASA TIDAK SELESA
3.BAYI AKAN TERBIASA MINUM SUSU DENGAN BANYAK
NAMUN, APA YANG AKAN TERJADI JIKA IBU ASYIK RISAU SUSU TIDAK CUKUP
(PADAHAL CUKUP SEBENARNYA)
Ibu mungkin risau dan boleh stres
Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu
ibu
Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah
dikenyangkan dengan susu buatan
Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand'
ini, membuatkan 'supply' berkurangan
Lama-kelamaan ibu boleh mengalami MASALAH KURANG SUSU
Dengan mengetahui saiz perut bayi
baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan.
INSYAALLAH
OLEH ITU, IBU-IBU MESTILAH
YAKIN badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi
untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya
Ibu boleh MENAPIS KATA-KATA yang menyarankan
ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu
Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu
ibu secara eksklusif akan meningkat
PENGALAMAN SAYA
Saya mengalami kegagalan dalam penyusuan anak pertama, Nur Fatihah Insyirah. Saya tiada ilmu dan tidak sabar serta mengaanggap susu saya sikit. Rasa menyesal. Apabila disahkan mengandung kali kedua, saya nekad ingin menyusukan anak saya. Namun, saya mengahdapi satu cabaran iaitu saya mengandungkan anak kembar. Cukupkan susu saya untuk menyusu si kembar nanti. Doa dan terus berdoa sehingga kelahiran Nur Farhana Auni dan Nur farhani Amani. Hana n Hani mula menyusu selepas saya menlahirkan mereka. Sangat pandai menyusu. Alhamdulillah. Cukupkah susu?Alhamdulillah. Allah sentiasa mendengar rintihan saya. Susu saya mencukupi untuk kedua-duanya. Bahagia sangat bila dapat merasai nikmat penyusuan ini. Saya sentiasa merindui dunia penyusuan yang hampir setahun saya tinggalkan. Sangat berbeza anak yang menyusu susu ibu dan anak yang menyusu susu soya..Nak tahu..Kita sambung nanti..
No comments:
Post a Comment