Friday 17 May 2013

MAKANAN YANG TIDAK SESUAI KETIKA HAMIL



Kehamilan merupakan detik-detik yang paling indah bagi yang bergelar wanita. kisah-kisah lucu sering kita dengar ketika hamil...macam2 karenah kita time tu kan kawan2..mengandung si kakak, sue memang x boleh bau perfume...ingat lagi..sue suruh encik husband pakai perfume dalam kete...sampai bau die pon sue rasa busuk..heheh..13 minggu baru ok...haha..tapi bab2 makan sue x tolak.asyik berselera je..mmg menternak badan betul time tu..tapi, encik husband ni agak la control...die x bagi cik sue makan masam2..penah die sembunyikan buah mangga dalam almari..itu pon sbnrny cik sue yang mencari mangga secara sembunyi2 dulu,..hehe...x kirala rumah cina ke,  pokok mangga yang ada rumah anjing kt bawah la cik sue buat muka x malu pergi mintak..kempunan betul...heheh..bila teringat balik..pelikknya aku ni...ok kt sini cik sue nk share ape yang x boleh ibu2 yang comel2 ni makan...jom kita tengok

Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai
Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.


  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda
  •  
  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.


Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein. 

Oleh itu, buat la pilihan yang bijak...pilih makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan..


fikirkan yang terbaik buat si comel anda yang bakal lahir nanti...
Lengkapkan diet anda dengan pengambilan suplement mengandung yang sempurna dan memenuhi keperluan nutrisi anda dan si comel anda...


SET IBU MENGANDUNG(SET J-1)
TRIMESTER 1
VITALEA(MULTIVITAMIN)
VITAMIN C
VITAMIN B-COMPLEX
OSTEOMATRIX

SET IBU MENGANDUNG(SET J-2)
TRIMESTER 2 DAN 3
VITALEA(MULTIVITAMIN)
VITAMIN C
VITAMIN B-COMPLEX
OSTEOMATRIX
OMEGA GUARD

PM SUE UNTUK HARGA YANG ISTIMEWA ATAU INGINKAN SET PERCUBAAN
JOM..SMS SKRG 012-5997529

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : suetimie26[@]yahoo.com
Gmail : suetimie[@]gmail.com
 Call/Whatsapp/viber : 012-599-7529



No comments:

Post a Comment