Thursday 6 November 2014

SUSU MALU NAK KELUAR

Pernah tak mummy alami kedaan macam ni. Susu malu nak keluar. Biasanya bila baru bersalin. mummy jangan risau yer. Yang awal-awal keluar tu berwarna kekuning-kuningan dan agak pekat. Kalau boleh, berilah anak merasai kenikmatan kolestrom ini. Bagus untuk bayi. Setelah kolestrom habis keluar, barulah nampak susu berwarna putih. Mula-mula sikit jer sebab si comel kita hanya perlukan sebesar buah ceri shaja. Perutnya hanya sebesar biji walnut je. Tak tahu saiz perut baby...Baca kat SINI k..Sue ada crita sikit saiz perut baby..


Macam mana nak bagi susu tak malu nak keluar yer..Sue akan kongsikan sikit kat sini. Harap ia bermanfaat kepada semua.


1. Kena YAKIN DIRI bahawa kita mampu memerah susu atau mengepam susu. Yakin susu banyak. kena POSITIF.

2. Kurangkan rasa kesakitan dan kebimbangan. Walaupun ada bunyi-bunyi tin kosong kat luar tu jangan hiraukan yer. Mereka akan menyuruh juga kita memberi susu formula sebab anak asyik menangis. Jangan fikir anak tak cukup susu yer. Anak menangis boleh disebabkan pelbagai sebab. Antaranya ingin dimanja, dipegang, kurang selesa dengan pampers yang basah, panas, kembung perut dan sebagainya. Jadi sabar dan tenagkan diri. Yakin Allah akan membantu kita.

3.FIKIR PERKARA YANG iNDAH-INDAH tentang bayi. Bayangkan momen-momen indah kita bersamanya. Semakin erat hubungan antara kita dan suami serta keluarga. Fikirkan yang comel-comel.

4.CARI KAWAN YANG BERJAYA MENYUSUKAN. Insyaallah. mereka akan berkongsi detik-detik indah dan pengalaman mereka bersama anda. Mereka boleh.anda pun boleh.

5. Lihat GAMBAR dan VIDEO atau RAKAMAN SUARA bayi anda. Sue selalu alami dulu. Jika kat tempat kerja, kita terbayang wajah anak dirumah, mesti rasa mengalir je susu.habis basah nursing pad.

6. MINUM MINUMAN SUAM yang melegakan. Elak minum KOPI dan TEH kerana kopi mengandungi kafien yang mengurangkan penyerapan nutrien kepada bayi.

7. RANGSANG NIPPLE dengan cara menggusik-ngusik nyer..dengan jari..cubalah..




TIPS SUE: Mak sue ajar jika susu malu nak keluar, cakap dan doakan susu keluar. Selain itu, ambil sikat yang jarinya tak tajam, urut dari atas bahu turun ke cik b kita..buat perlahan-lahan. Selalu picit di nipple supaya merangsang lubang di cik B.Takut buta pula lubang kecil tu.

Selain tu, Mummy boleh juga mandi dengan air suam. If kalo ada shower tu, halakan ke cik b kita..bagus air suam. Air suam membantu membuka lubang-lubang yang terttup itu.


Elakkan letak cik b dengan kobis yer. Kobis tu akan membuatkan susu lebih malu nak keluar. Minum jus kurma + ESP. Cepat jer susu refill balik.

Mummy fahamkan konsep demand vs supply yer. Lagi banyak kita kosongkan cik b, otak tahu kita perlukan susu lagi..so lagi kerap mengepam..lagi banyak susu keluar. Cik sue selalu pam sebelah dan sebelah lagi kali Hana or hani. Cepat je susu keluar. Best sangat.

Ok cik sue harap susu dah tak malu nak keluar. If malu lagi boleh bgtau cik Sue..0125997529..

No comments:

Post a Comment