Monday 27 October 2014

HATI-HATI BILA MAKAN KEJU KETIKA HAMIL

Keju makan dengan roti..lagi best kalau buat kek....yummy...Cik Sue pon salah sorang penggemar kek keju...chessyy gitu..tapi kali ni Cik Sue nak share info sikit tentang keju yang kita makan tu...dan yang paling penting kepada mummy yang tengah pregnat tu..cik Sue dapat dari majalaj kegemaran Cik Sue iaitu Majalah PaMa...


Ada beberapa jenis keju yang perlu dan tidak selamat dimakan oleh ibu hamil yer.Keju jenis lembut yang ada lapisan putih dekat luarnya... Mari kita tengok apa jenis keju yang kita tak boleh makan masa hamil ni...


KEJU BRIE

KEJU BRIE
Ini contoh keju brie..lapisan luar berwarna putih dan sangat lembut.

KEJU CAMEMBERT


KEJU FETA



KEJU DANISH BLUE



KEJU GORGONZOLA



KEJU ROQUEFORT


SATU LAGI..KEJU DARI SUSU KAMBING...


KENAPA TAK BOLEH DIAMBIL OLEH IBU HAMIL?


kerana ia mempunyai paras keasidan yang lebih rendah dan mengandungi kadar air yang lebih tinggi daripada keju jenis keras (hard cheese)

Faktor tersebut membuatkan bakteria berbahaya sangat mudah untuk membiak seperti bakteria Listeria.
Bakteria Listeria boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan. Bahkan ia juga boleh mengakibatkan keguguran janin, kematian bayi dalam kandungan hingga menimbulkan penyakit yang boleh membawa maut kepada bayi.
Sedikit sahaja jangkitan daripada bakteria Listeria ini boleh mengakibatkan kematian kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil juga dinasihatkan agar mengelakkan daripada makan/minum susu atau produk susu yang belum dipastur.
TAPI..Mummy jangan risau, sebab ada keju yang boleh dan selamat diambil. Contohnya keju cottage cheese, mozzarella, keju krim, paneer serta ricotta. Keju cheddar dan parmesan selamat dimakan kerana ia merupakan jenis keju yang keras dan memiliki keasidan yang tinggi dengan kadar air yang rendah.
Namun jika tidak dapat mengelakkan daripada makan keju lembut, pastikan keju tersebut sudah dimasak dalam suhu tepat seperti membakar untuk memastikan bakteria yang ada dalam keju benar-benar sudah mati.

Oleh itu, kita amalkan pemakanan yang sihat. Chesse yang selamat...say chesse...=)


No comments:

Post a Comment