Monday 27 October 2014

6 TANDA BAYI CUKUP SUSU

Kali ini Sue nak share macam mana nak tahu bayi kita tu dah cukup susu ke tidak..Mari baca kat bawah ni. Ada beberapa tanda-tanda yang ibu-ibu boleh menilai sama ada si comel dah cukup susu atau tidak...


PERTAMA : BAYI MEMBUANG AIR KENCING SEKURANG-KURANGNYA 6 KALI SEHARI 



KEDUA : BAYI MEMBUANG AIR BESAR 2 HINGGA 5 KALI SEHARI, NAJIS LEMBUT BERWARNA KUNING


Check warna najis anak anda, Normal atau tidak.


KETIGA : AIR KENCING BERWARNA KUNING JERNIH BUKAN KUNING PEKAT ATAU OREN


KEEMPAT : BERAT BADAN MENINGKAT SECARA KONSISTEN SELEPAS UMUR SATU MINGGU


KELIMA : BAYI TIDUR DENGAN LENA


KEENAM: APABILA BAYI TERJAGA DARI TIDUR, DIA KELIHATAN CERGAS.

Jadi ..jom semak keadaan bayi anda. Adakah anda perlukan sebarang bantuan untuk meingkatkan pengeluaran susu? Ingin susu melimpah ruah? ingin rasa macam mana bengkak susu? jom chit chat pengalaman menarik anda bersama Sue...Nikmati detik indah penyusuan dengan lebih mudah dengan Shaklee... 
Salam kasih sayang buat ibu-ibu Happy breastfeedingluv, sue

TIPS MUDAH HAMIL DENGAN SHAKLEE

Mudah Hamil?Shaklee  ada set mudah hamil ke? Nak sangat zuriat?Zuriat merupakan satu anugerah yang berharga kepada pasangan yang telah berumah tangga.

Zuriat pertama kami, Nur Fatihah Insyirah. Mamanya bunting pelamin..Alhamdulillah. Syukur.

Keceriaan dan kegembiraan jelas tergambar sekiranya pasangan yang baru berkahwin mendapat tahu bahawa isteri telah mengandung.Mimpi indah-indah tentang baby yang comel-comel kan. Alhamdulillah jika anda bunting pelamin. Walaubagaimanapun, ada juga dalam kalangan kita yang telah puas berusaha namun masih belum dikurniakan permata hati ini. Jangan risau. Pandang dari sudut yang positif. Mungkin ada rahmat Allah yang tersembunyi. Sue akan kongsikan tips mudah hamil untuk rakan-rakan semua.
Sebelum tu, mari kita tengok apa kata Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat


Tips perkongsian pengalaman Dr Hamid Arsyad kepada pesakitnya yang telah keguguran sebanyak 5 kali. Selepas diberi vitamin E dan Vitamin c serta folic asid dan habatussauda, Alhamdulillah hamil.
KEGUGURAN 5 KALI. RAHIM NORMAL. SELEPAS UJIAN DARAH KEPEUTUSAN ANTIBODI TOXOPLASMOSIS DAN CMV TINGGI. RAWATAN TEXOPLASMOSIS DAN ANTIBIOTIK MALAFAN SELAMA 2 MINGGU. SUPLEMENT VITAMIN E, VITAMIN C , FOLIC ASID DAN HABATUSSAUDA.
ALHAMDULILLAH, MENGANDUNG.
5 tahun mencuba hamil, selpas diberi multivitamin dan folic asid serta vitamin E untuk hamil, pesakit berjaya hamil.
8 TAHUN MENCUBA. SUAMI DIBERI VIT E DAN ISTERI DIBERI MULTIVITAMIN DAN FOLIC ACID. ALHAMDULILLAH. HAMIL.

TIPS UNTUK HAMIL


JAGA PEMAKANAN ANDA


Jika anda merancang untuk hamil, anda perlulah menjaga pemakanan anda. Elakkan pengambilan kolestrol dan lemak yang berlebihan. Selain itu, banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang terbaik ialah makanan yang mengikut piramid makanan. Anda boleh mengambil folic asid. Untuk mengetahui kepentingan folic asid anda boleh berkunjung di website dr zubaidi dengan entri yang bertajuk Faedah Folic Acid kepada kesuburan dan kehamilan.

MEMPUNYAI BERAT BADAN YANG IDEAL


Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan lemak akan berkumpul di dalam badan dan berkemungkinan akan menjejaskan sistem reproduktif wanita. Oleh itu, anda perlu mengetahui sama ada anda dalam kategori BMI yang mana. Boleh semak BMI anda. Hanya masukkan berat dan ketinggian anda sahaja. 

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight’ atau lebih teruk lagi ‘obese’, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight’ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure’ dan ‘diabetes’ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti’.

ELAKKAN MAKANAN BERKAFIEN


Makanan yang berkafien perlu dielakkan kerana menyebabkan masalah kesuburan berlaku. Selain itu, pengambilan kafein secara berlebihan mampu menyebabkan keguguran kepada ibu yang mengandung. Kafien juga menyebabkan  masalah penyerapan nutrien berlaku di dalam badan.

KERAPKAN HUBUNGAN

 Bila dah menjadi suami isteri, hubungan dah menjadi halal. Nikmatinya dengan gembira. Ciptakan detik-detik manis bersama pasangan anda. Jika ada buget lebih, boleh ubah mood kepada mood percutian berbulan madu.

KETAHUI WAKTU SUBUR DAN OVULASI

Sangat penting untuk anda ketahui waktu subur dan ovulasi anda. Kerana pada waktu inilah anda perlu lebih kerap untuk bersama. Anda lebih mengenali diri anda sendiri dan perubahan yang berlaku pada diri anda. Boleh rujuk dengan encik Google . Namun anda perlu catatkan tarikh kitaran haid anda dengan betul dan tepat. Semak disini untuk mengetahui tentang ovulasi. Sue sertakan panduan mengenalpasti tarikh ovulasi dari website Dr Zubaidi. dengan menggunakan satu alat yang dikenali sebagai OPK.

LAKUKAN POSISI DENGAN BETUL

Posisi yang betul dapat mempengaruhi peluang untuk mendapatkan zuriat. Ianya sangat penting supaya sperma dapat berenang dengan lebih baik untuk menemui ovum.

JANGAN STRESS

Ya. Ini yang paling penting. kesibukan kerja di pejabat atau temoat kerja jangan dibawa balik kerumah kerana ia kan  mempengaruhi mood anda bersama suami. Jika stress apabila orang asyik bertanya bila nak timang cahaya mata, senyum sahaja. Belum rezeki lagi. Namun, minta dan berdoalah kepada Allah. Hanya Dia yang mengetahui yang lebih baik uantuk anda dan pasangan.


DOA..DOA..DAN DOA..

Sebagai umat Nabi Muhammad SWT, berdoalah. Rugilah seseorang itu jika ia tidak berdoa kepada Allah. Kerana Dialah yang memberi segala-galanya. Doa kita sangat dekat dengannya. pengalaman Sue sendiri selepas Allah ambil 2 insan tersayang Sue dalam masa 6 bulan. Ayah dan abang pergi mangadapNya terlebih dahulu. Sedih yang teramat. Namun Sue redha. Selepas ayah meninggal, Sue pon berhenti mengambil pil perancang dan Sue tidak putus-putus berdoa. Andai Allah telah ambilkan dua insan tersayang Sue ni, Allah gantikan lah dengan sesuatu yang menggembirakan Sue. Ya Allah..Allah dengar..Selepas berhenti ubat perancang tu, Sue terus mengandung. Masyaallah..Bukan sorang...tapi kembar..padahal kedua-dua family sue dan suami tiada keturunan kembar...hebatkan perancangan Allah...Allah ambil 2 die gantikan pula 2...insan comel yang menceriakan hari-hari kami. 




PENGAMBILAN VITAMIN


Selain itu, andajuga boleh mencuba set kesuburan Shaklee yang terdiri daripada suplement yang semulajadi dan selamat. Hanya bahan semula jadi sahaj yang digunakan seperti tumbuh-tumbuhan. Shaklee telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk kajian  dalam menghasilkan supplemen. Tiada bahan kimia dan sentiasa selamat.

SET KESUBURAN WANITA

GLA  & ALFALFA






Nak tahu lebih lanjut tentang set ini..jom chit chat dengan Sue..nantikan entri seterusnya dari Cik Sue....Baca sini ada lagi SET KESUBURAN.

Nak tahu tentang hormon tak STABIL ..PERIOD TIDAK TERATUR


KHASIAT AIR KELAPA KEPADA IBU HAMIL

Masih terasa lagi nikmat meminum air kelapa semasa mengandungkan fatihah, Hana dan Hani. Dalam seminggu, mesti encik suami membelikan air kelapa. Mentua selalu pesan, jangan lupa minum air kelapa tu..Banyak khasiat tu..mama dulu memang amalkan selalu. Jadi petua orang dulu-dulu mesti kena ikut. tak banyak pon sikit jadilah..


Apakah khasiat air kelapa ini?




Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari. 

HATI-HATI BILA MAKAN KEJU KETIKA HAMIL

Keju makan dengan roti..lagi best kalau buat kek....yummy...Cik Sue pon salah sorang penggemar kek keju...chessyy gitu..tapi kali ni Cik Sue nak share info sikit tentang keju yang kita makan tu...dan yang paling penting kepada mummy yang tengah pregnat tu..cik Sue dapat dari majalaj kegemaran Cik Sue iaitu Majalah PaMa...


Ada beberapa jenis keju yang perlu dan tidak selamat dimakan oleh ibu hamil yer.Keju jenis lembut yang ada lapisan putih dekat luarnya... Mari kita tengok apa jenis keju yang kita tak boleh makan masa hamil ni...


KEJU BRIE

KEJU BRIE
Ini contoh keju brie..lapisan luar berwarna putih dan sangat lembut.

KEJU CAMEMBERT


KEJU FETA



KEJU DANISH BLUE



KEJU GORGONZOLA



KEJU ROQUEFORT


SATU LAGI..KEJU DARI SUSU KAMBING...


KENAPA TAK BOLEH DIAMBIL OLEH IBU HAMIL?


kerana ia mempunyai paras keasidan yang lebih rendah dan mengandungi kadar air yang lebih tinggi daripada keju jenis keras (hard cheese)

Faktor tersebut membuatkan bakteria berbahaya sangat mudah untuk membiak seperti bakteria Listeria.
Bakteria Listeria boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan. Bahkan ia juga boleh mengakibatkan keguguran janin, kematian bayi dalam kandungan hingga menimbulkan penyakit yang boleh membawa maut kepada bayi.
Sedikit sahaja jangkitan daripada bakteria Listeria ini boleh mengakibatkan kematian kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil juga dinasihatkan agar mengelakkan daripada makan/minum susu atau produk susu yang belum dipastur.
TAPI..Mummy jangan risau, sebab ada keju yang boleh dan selamat diambil. Contohnya keju cottage cheese, mozzarella, keju krim, paneer serta ricotta. Keju cheddar dan parmesan selamat dimakan kerana ia merupakan jenis keju yang keras dan memiliki keasidan yang tinggi dengan kadar air yang rendah.
Namun jika tidak dapat mengelakkan daripada makan keju lembut, pastikan keju tersebut sudah dimasak dalam suhu tepat seperti membakar untuk memastikan bakteria yang ada dalam keju benar-benar sudah mati.

Oleh itu, kita amalkan pemakanan yang sihat. Chesse yang selamat...say chesse...=)


Saturday 18 October 2014

SHARING DENGAN ILMU

Alhamdulillah..selamat sudah bengkel nutrisi kali ni..Syukur kerana berpeluang menghadiri bengkel ni.Selalu saya tak dapt join sebab ada class. Dengan ilmu yang ditimba sangatlah bermanfaat..Bukan setakat ilmu tentang produk,malah ilmu tentang kesihatan sangat bermakna bagi saya..Terlalu berharga kesihatan ini..Maka,hargai dan belailah diri anda dengan baik..dalaman dan luaran...hiasilah dengan iman juga kan....sama2 kita perbaiki...insyaallah

Shaklee bukan sahaja mengubah hidup saya..malah lebih dari itu..Shaklee juga mengeratkan ukhwah antara pengedar..Bestkan...sama2 sharing manfaat Shaklee dan sama2 menikmati kehidupan yang lebih baik..

Dan yang paling best..saya dapat bertemu semula rakan lama saya sewaktu di Matrikulasi Pulau Pinang dahulu...2003..dah lebih 11 tahun...kini kami bertemu semula.Shaklee menjadi wadah penghubung kami...

SELAMAT TINGGAL KOLESTROL DI JANTUNGKU

Alhamdulillah..kali ni Sue berkesempatan nak share sesuatu ilmu untuk rakan-rakan semua. Takukah kita bahawa kita mempunyai satu bateri di dalam badan kita.Umpama kereta memerlukan bateri, minyak dan air..analogi badan kita pon begitu...Tetapi...cuba kita check sama ada bateri kita berfungsi dengan baik...


Check ni..Adakah anda 
  • selalu keletihan
  • rasa ketat di bahagian tengkuk
  • degupan jantung pantas-sewaktu rehat pun masih pantas
  • kuat berpeluh
  • nafas pendek
  • kurang selesa di bahagian dada


Ada rasa seperti diatas ni? Kalau ada, maksudnya bateri kita perlukan sesuatu. Bateri itu adalah si jantung . Jantung umpama bateri. Jika bateri lemah, maka kita pon akan lemah. Betul kan? Masalah jantung ini biasanya berkait dengan KOLESTROL...




Tenaga kepada jantung
6 orang diserang sakit jantung setiap jam


KENAPA BOLEH SAKIT? OH..SEBAB MAK DAN AYAH SAYA DULU PUN SAKIT JANTUNG JUGA...OHHH TIDAK SEMESTINYA..FAKTOR KETURUNAN HANYA 20% SAHAJA . SELEBIHNYA IALAH DARI FAKTOR PEMAKANAN ANDA....


PEMAKANAN? KENAPA?

KERANA

KOLESTROL? 


Kolesterol akan berada di dalam arteri dan jika kolestrol semakin tebal maka saluran arteri menjadi semakin sempit.


Seterusnya menyebabkan serangan jantung dan juga strok..

KESAN LAIN APABILA KOLESTROL BANYAK DI DALAM BADAN

Serangan jantung
Penyakit hati
diabetik
darah tinggi
sistem seksual terjejas
Oleh itu, lebih baik kita mencegah bermula dari sekarang. Pengambilan ubat hospital akan memberi kesan jangka masa panjang. Jadi mungkin supplement sekecil ini akan membantu anda. Supplement bukan ubat yer kawan-kawan...


PHYTOCOL ST


Apa ni?
Phytocol ST ni merupakan satu supplement yang diperkenalkan oleh Shaklee bertujuan untuk menghalang penyerapan kolestrol dalam salur darah.

Bagaimana?
Dalam phytocol ST ni mempunyai fitosterol yang membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol. Oleh itu, 10%-15% penurunan LDL kolestrol akan merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%

Kegunaan fitosterol ini selain untuk menghalang penyerapan kolestrol?
Ya. Fitosterol juga membantu untuk keseimbangan tindak balas imun bagi mengurangkan jangkitan viral dan bakteria dan mengurangkan simtom alahan , keradangan dan penyakit auto-immune seperti rheumatoid arthritis.


Siapa lagi boleh menggunakan phytocol St ini?
Bagi yang mengalami masalah prostat juga boleh mengambilnya. Mereka biasanya tidak dapat mengawal kencing dan dan kerap kencing.

Berapa harga ini?
Phytocol ST berharga RM198. Tetapi ini harga runcit. Jika ingin harga istimewa..nikmatilah bila menjadi AHLI SHAKLEE dan menghubungi Sue di 0125997529. Konsultasi diberikan secara percuma untuk anda...