Thursday 6 November 2014

SUSU MALU NAK KELUAR

Pernah tak mummy alami kedaan macam ni. Susu malu nak keluar. Biasanya bila baru bersalin. mummy jangan risau yer. Yang awal-awal keluar tu berwarna kekuning-kuningan dan agak pekat. Kalau boleh, berilah anak merasai kenikmatan kolestrom ini. Bagus untuk bayi. Setelah kolestrom habis keluar, barulah nampak susu berwarna putih. Mula-mula sikit jer sebab si comel kita hanya perlukan sebesar buah ceri shaja. Perutnya hanya sebesar biji walnut je. Tak tahu saiz perut baby...Baca kat SINI k..Sue ada crita sikit saiz perut baby..


Macam mana nak bagi susu tak malu nak keluar yer..Sue akan kongsikan sikit kat sini. Harap ia bermanfaat kepada semua.


1. Kena YAKIN DIRI bahawa kita mampu memerah susu atau mengepam susu. Yakin susu banyak. kena POSITIF.

2. Kurangkan rasa kesakitan dan kebimbangan. Walaupun ada bunyi-bunyi tin kosong kat luar tu jangan hiraukan yer. Mereka akan menyuruh juga kita memberi susu formula sebab anak asyik menangis. Jangan fikir anak tak cukup susu yer. Anak menangis boleh disebabkan pelbagai sebab. Antaranya ingin dimanja, dipegang, kurang selesa dengan pampers yang basah, panas, kembung perut dan sebagainya. Jadi sabar dan tenagkan diri. Yakin Allah akan membantu kita.

3.FIKIR PERKARA YANG iNDAH-INDAH tentang bayi. Bayangkan momen-momen indah kita bersamanya. Semakin erat hubungan antara kita dan suami serta keluarga. Fikirkan yang comel-comel.

4.CARI KAWAN YANG BERJAYA MENYUSUKAN. Insyaallah. mereka akan berkongsi detik-detik indah dan pengalaman mereka bersama anda. Mereka boleh.anda pun boleh.

5. Lihat GAMBAR dan VIDEO atau RAKAMAN SUARA bayi anda. Sue selalu alami dulu. Jika kat tempat kerja, kita terbayang wajah anak dirumah, mesti rasa mengalir je susu.habis basah nursing pad.

6. MINUM MINUMAN SUAM yang melegakan. Elak minum KOPI dan TEH kerana kopi mengandungi kafien yang mengurangkan penyerapan nutrien kepada bayi.

7. RANGSANG NIPPLE dengan cara menggusik-ngusik nyer..dengan jari..cubalah..




TIPS SUE: Mak sue ajar jika susu malu nak keluar, cakap dan doakan susu keluar. Selain itu, ambil sikat yang jarinya tak tajam, urut dari atas bahu turun ke cik b kita..buat perlahan-lahan. Selalu picit di nipple supaya merangsang lubang di cik B.Takut buta pula lubang kecil tu.

Selain tu, Mummy boleh juga mandi dengan air suam. If kalo ada shower tu, halakan ke cik b kita..bagus air suam. Air suam membantu membuka lubang-lubang yang terttup itu.


Elakkan letak cik b dengan kobis yer. Kobis tu akan membuatkan susu lebih malu nak keluar. Minum jus kurma + ESP. Cepat jer susu refill balik.

Mummy fahamkan konsep demand vs supply yer. Lagi banyak kita kosongkan cik b, otak tahu kita perlukan susu lagi..so lagi kerap mengepam..lagi banyak susu keluar. Cik sue selalu pam sebelah dan sebelah lagi kali Hana or hani. Cepat je susu keluar. Best sangat.

Ok cik sue harap susu dah tak malu nak keluar. If malu lagi boleh bgtau cik Sue..0125997529..

Wednesday 5 November 2014

MARMET CARA MEMERAH GUNA TANGAN

Kali ni sue nak share bagaimana cara kita memerah susu ibu menggunakan tangan atau dikenali dengan kaedah marmet. Mummy kena tau jugak yer, in case lupa bawak pam ke, emergency ke, bengkak susu or rasa-rasa yang tak best bila kita teringat anak di rumah.


Sue pernah beberapa kali tertinggal pam dirumah atau kadang-kadang tu tertinggal komponen pam tu kat rumah. Biasakan. So terpaksa la mencari botol. Biasanya Sue akan spare satu or dua botol kosong dalam meja di tempat keje. if tak da sangat botol mineral pon Sue guna. Pernah sekali tertinggal beg pam dan pam. Hari tu, Hana n Hani kurang menyusu malamnya. So apa lagi, memancut-mancut la susu. nak tak nak terpaksa cari botol dan marmet. Sedap jugak marmet kalo tahu cara. Best dan lagi cepat botol tu penuh. Lagi satu kita tahu kat mana susu keluar. Last2 sebotol penuh 500ml susu diperah. guna botol air mineral je..

CARA MARMET
1. Buat pegangan C lebih kurang jarak sepanjang ibu jari dari nipple atas aerola(boleh rasa biji-biji)


2. Letak ibu jari di bahagian atas aerola dan jari tunjuk kebawah payudara secara selari( lebih kurang 1 cm dari aerola atau kawasan gelap) 2-3 jari yang lain mengampu bahagian bawah payudara.


3. Tekan jari serentak ke arah dada. Kemudian picit ibu jari dan jari telunjuk serentak sehingga bertemy untuk mengeluarkan susu. Lepaskan dan ulang semula dengan pergerakan picit dan lepas, picit dan lepas. Ini bagi membentuk tekanan pada saluran susu diantara kedua-dua jari tersebut yang membantu pengaliran susu ke arah nipple.


4. Tadah susu kedalam bekas yang bersih. 


5. Buat berulangkali mengikut bulatan pada semua bahagian payudara. gerakkan jari anda ke sekeliling payudara supaya semua saluran susu yang berlainan dapat diperah.


6. Beralih kepada payudara satu lagi sekiranya pengaliran susu perlahan atau payudara telah dikosongkan.


7. Urut payudara sekali sekala semasa menggerakkan tangan anda. 


8. Selamat mencuba...selamat maju jaya...



TIPS SUSU BANYAK: SENTIASA POSITIF..YAKIN SUSU CUKUP UNTUK BAYI KITA..ZIKIR YA-MATIN 71 KALI...KERAP KOSONGKAN PAYUDARA..DAN FAHAM KONSEP DEMAND VS SUPPLY K..


TIPS SUE: MINUM ESP SELEPAS SESI MEMERAH DAN JUS KURMA. KURMA JUGA SALAH SATU MILK BOOSTER..


PAM ATAU MARMET PADA WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR. MINUM AIR 3L K...INSYAALLAH..DOA..DAN DOA..  


Saturday 1 November 2014

BERAPA SAIZ PERUT ANAK SAYA?CUKUP TAK SUSU?

Persoalan berapa banyak susu cukup untuk anak saya sering menghantui kita kan?Semua ibu biasa mengalaminya. Bila anak menangis, kita semakin resah..kenapa? masih tertanya-tanya kenapa si comel kita menangis...susu dah beri...tapi nangis lagi..lampin dah tukar..nangis lagi..Mungkin susu tak cukup..Betul tak?


Sebenarnya, bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.


Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi.
saiz perut bayi baru lahir
SAIZ PERUT BAYI KITA. SUMBER:RATUHATI
 
HARI PERTAMA
SEBESAR BUAH CERI
ANGGARAN 5-7ML

HARI KETIGA
SEBESAR WALNUT
ANGGARAN 22-27ML
0.75OZ-1OZ

SEMINGGU
SEBESAR APRIKOT
45-60ML
1.5 -2 OZ

SEBULAN
SEBESAR TELUR
2.5 HINGGA 5 OZ

TETAPI

APA YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA BAYI DIBERIKAN SUSU MELEBIHI KUANTITI YANG BERSESUAIAN DENGAN UMUR INI?


1. BAYI AKAN MUNTAH SUSU
2.PERUT BAYI BERASA TIDAK SELESA
3.BAYI AKAN TERBIASA MINUM SUSU DENGAN BANYAK

NAMUN, APA YANG AKAN TERJADI JIKA IBU ASYIK RISAU SUSU TIDAK CUKUP

(PADAHAL CUKUP SEBENARNYA)

 

 Ibu mungkin risau dan boleh stres

Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu

 Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu 

Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan

 Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan 

Lama-kelamaan ibu boleh mengalami MASALAH KURANG SUSU
Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan.

INSYAALLAH 

OLEH ITU, IBU-IBU MESTILAH 


YAKIN badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya

Ibu boleh MENAPIS KATA-KATA yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu 

Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat

PENGALAMAN SAYA

Saya mengalami kegagalan dalam penyusuan anak pertama, Nur Fatihah Insyirah. Saya tiada ilmu dan tidak sabar serta mengaanggap susu saya sikit. Rasa menyesal. Apabila disahkan mengandung kali kedua, saya nekad ingin menyusukan anak saya. Namun, saya mengahdapi satu cabaran iaitu saya mengandungkan anak kembar. Cukupkan susu saya untuk menyusu si kembar nanti. Doa dan terus berdoa sehingga kelahiran Nur Farhana Auni dan Nur farhani Amani. Hana n Hani mula menyusu selepas saya menlahirkan mereka. Sangat pandai menyusu. Alhamdulillah. Cukupkah susu?Alhamdulillah. Allah sentiasa mendengar rintihan saya. Susu saya mencukupi untuk kedua-duanya. Bahagia sangat bila dapat merasai nikmat penyusuan ini. Saya sentiasa merindui dunia penyusuan yang hampir setahun saya tinggalkan. Sangat berbeza anak yang menyusu susu ibu dan anak yang menyusu susu soya..Nak tahu..Kita sambung nanti..


 
Inilah cinta hati saya. Terima kasih Shaklee..Osteomatrix+ ESP= SUSU MENCURAH-CURAH