Saturday 30 March 2013

Sakit sendi nenek ku..

Hari ni entri sue pasal JHT..seronok cerita pasal JHT ni..terutamanya bila berbual2 dgn golongan emas..termasuk lah nenek sy..bln lepas sue berikan nenek JHT ni..sbb nenek slalu mngadu sakit sendi..terutama lutut..nenek pnh diserang minot strok dlu..so jln die pon susah..kn bpaut dlu..

Pas sebulan sue kasi JHT..Alhamdulillah..nenek dh boleh jln..keadaan nenek makin baik..nenek ckp nk solat pon senang..kurang dh sakit..cuma nenek hny amik sebiji shari shj sbb die ckp pening kpla kalo amik 2bj..sue fh agak..mesti nenek kurang minum air tu..

Ape2 pon..sue bersyukur sbb dh boleh tolong nenek..wlpon hny mlwat die JHT dpt sue jdkn hadiah utk nenek..syukur..sue doakn nenek sihat dn dapat beribadah dgn baik..

Kwan2 kat luar tu..jom ringan kan beban org tersyg kita..mungkin mak atau ayah kita mngalami sakit2 sendi..insyaallah..JHT boleh meringan kan beban mereka..kalo kita tolong org..Allah akan tolong kitakn kwn2..besar pahala tu..♥♥

★★pada kwn2 yg nk tau pasal Jht ni..boleh cntact n pm sue di viber or wassup or msg sue di
012 5997529
OR boleh gunakan id sue 891072 di mana2 cawangan shaklee yg bhmpiran dgn anda..

Or ingin jana pendapatan dgn shaklee..insyaallah..pm sy..

Wednesday 6 March 2013

SUSU IBU..TITISAN BERHARGA

TEKNIK MEMERAH SUSU
Memerah dengan tangan

  1. Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  2. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  3. Sediakan bekas yang bersih dan steril
  4. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  6. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  7. Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  8. Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  9. Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  10. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  11. Teruskan memicit sehingga susu keluar
  12. Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  14. Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  15. Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  16. Tukar ke payudara yang satu lagi
  17. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  18. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  19. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara






Memerah dengan Menggunakan Pam

Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  1. Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  2. Basuh tangan dengan bersih
  3. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  4. Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  5. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  6. Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  7. Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  8. Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  9. Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain

  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
9.      Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?
10.  Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!
13.  Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?
15.  Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.  
17.  Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
18.  Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

20.  Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.
22.  Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.
24.  Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.







 

APA YANG IBU PERLU TAHU TENTANG PENYIMPANAN EBM?


EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu



Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN




SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.



FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun



BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

==========================================================

KALSIUM OH KALSIUM..





Masih teringat kisah saya setahun yang lalu ketika mengandungkan si hana dan hani..bulan ke 7 kandungan pada waktu itu..tiba-tiba gigi saya ras pecah .Separuh  daripada gigi geraham bawah saya telah pecah..aduh..sakit yang teramat sangat...selepas saya berkahwin, saya jarang menjalani rawatan gigi..sebelum tu ketika belajar ini universiti,saya memang akan pergi rawatan gigi setiap 6 bulan sebab ianya percuma..slalulah gigi saya di cuci..

Tetiba saya teringat pesan kawan-kawan, time mangandung mana boleh cabut gigi or tamapl gigi..aduh..macm mana..saya terlalu sakit hingga saya amik MC hari tu..Selepas subuh, saya dh ready untuk ke klinik wlaupun apa juga org ckp..Pukul 8 pg terus ke klinik..kebetulan ada satu klinik gigi baru buka di tempat saya ketika itu..Apa lagi..abih gigi saya dicuci dan ditampal gigi yang pecah tu.terbang duit saya rm350..x pasal2 je sakit...doc cakap disebabkan saya mengandung ank kembar, saya memerlukan lebih kalsium untuk pembinaan tulang si comel sya..jadi, apabila x cukup kalsium..kalsium daripada ibu akan diambil..so, doc suruh amik pil kalsium..sebenarnya ada..tp saya jarang mkn..heheh..dh sakit baru tau..padan muka...pas tu sy amik sehingga skrg..sbb sy mmg mls nk bncuh susu..heheh..skrg lagi mudah sebab ada Shaklee yang banyak membantu saya...jom tgok sape yang perlukan Osteomatrix



SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX?

1. Mereka yang sering lenguh, kebas, sakit pinggang, sakit sendi, gigi/tulang reput

2. Mereka yang sering menghadapi masalah period pain ketika menstruasi, mengalami simptom PMS, untuk penjagaan dalaman wanita

3. Mereka yang sering stress, sakit kepala, migrain, sukar tidur, keletihan

4. Ibu-ibu mengandung yang sering mengalami kekejangan, sembelit

5. Ibu-ibu menyusu, lebih-lebih lagi apabila anak lambat tumbuh gigi

NOTAHATI: Jika anda alergi bahan tenusu, tak lalu nak minum susu, anda WAJIB dapatkan OsteMatrix untuk memenuhi keperluan kalsium harian!