Jika anda sedang hamil kembar atau berisiko hamil kembar, anda perlu mengetahui risiko-risiko dan tip-tip berguna sebagai persediaan.
 
1.Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2.Kembar tidak seiras berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.


3.Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

4.Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.
 : Ibu- ibu perlu sentiasa positif dan sentiasa berdoa agar Allah mmeberikan yang terbaik untuk kita.Pengalaman Sue dahulu semasa mengandungkan Hana dan Hani memang selalu memikirkan hal ini. Namun, kita perlu positif dan sentiasa menjaga kesihatan serta perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jika boleh rujuklah pada hospital dan doctor yang kita akan bersalin nanti. Ia memudahkan rujukan doctor sekiranya ada berlaku masalah atau sebarang komplikasi.
5.Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
 : Ya..Ada juga seperti ini. Alhamdulillah Hana dilahirkan dengan berat 2.35kg sementara Hani seberat 2.58kg. Alhamdulillah mereka selamat daripada dimasukkan di dalam incubator.Ibu-ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan jangan lah sesekali tidak mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doctor..buruk padahnya. Paksalah diri untuk makan.Jangan fikir ibu sahaja..fikirkan berikan yang terbaik untuk sicomel yang membesar di dalam perut anda tu.
6.Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
 : Ini memang selalu dijelaskan oleh doctor pada awal kehamilan kembar dulu. Memandangkan Sue mengandung kembar tak seiras dan mempunyai dua plasenta yang berlainan, maka risiko ini agak kurang kerana ia tidak berkongsi plasenta yang sama. Jika ibu -ibu merasakan perbezaan berlaku terhadap kandungan contohnya baby tidak bergerak,jangan tunggu lagi..rujuk lah pada doctor yang berhampiran.
7.Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6 -7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
 : Aaah..ada juga macam ni. Allah maha besar..Doakan yang terbaik..
8.Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami pre-eklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
 : Ini kalo ibu-ibu ada keturunan yang ada sakit ni kenalah hati-hati. Jaga dan kawal pemakanan anda. Bukan makan banyak sebab makan untuk bertiga..Jangan.jangan..nanti anda akan termengah-mengah. Makan sikit -sikit tetapi perlu kerap. Sue dulu selalu bawak biskut jacob dalam hand bag. Sebab selalu lapar..Dah makan pon nak makan lagi.
9.Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
 : Ini agak bahaya. Jadi ibu-ibu jangan nak lasak sangat. Angkat itu ini. Biarlah orang lain buat untuk anda. Cukupkan rehat dan jangan stress. kesian baby kat dalam tu.
10.Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
 : Ya. betul tu. Jadi ibu kena sabar. Morning sickness ni kejap jer. Macam Sue dulu, apabila kandungan dah 13 minggu, morning sickness dah makin kurang. Sabar k..pengalaman ni..
11.Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.
 : betul tu..tapi sue tak da keturunan kembar pon...hehhe semua ketentuan Allah.
12.Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
 : Betul..jangan nak skip makan. Makan dengan kerap tapi jangan terlalu banyk. Minum Susu dan ambillah pil kalsium tambahan. kerana kalsium tidak mencukupi. Ibu boleh mencuba osteomatrix Shaklee. Ia dapat mengurangkan simpul biawak yang biasanya berlaku pada waktu malam or kekejangan otot.

13.Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
 : Betul. Bila kandungan 4 bulan perut dah macam 6 bulan. kandungan 7 bulan, dah tak boleh bawak kereta sebab dah rapat stereng..heheh
14.Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.
 : Ya. kita akan rasa cepat mengah terutamanya naik turun tangga. So, naik setingkat..rehat jap.. Buat ikut kemampuan. jangan paksa k.
15.Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
 : Ya. Terutamanya jika anda bersalin di hospital swasta. Biasanya mereka tidak mahu mengambil risiko. oleh itu, pembedahan adalah jalan terbaik. Namun, doctor akan menasihatkan anda berdasarkan keadaan dan kedudukan bayi di dalam kandungan. Jika kedudukan mereka baik dan mudah untuk keluar insyaallah, anda akan bersalin normal. Hana dan hani dahulu memang tidak mampu nak normal lagi disebabkan Hana duduk dalam keadaan melintang dan Hani pula songsang. Oleh itu, pembedahan adalah langkah terbaik. Lagipun, semasa melahirkan Kakak fatiha dah dengan pembedahan..maka bila si kembar lagi lah..
16.Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
17.Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
: Betul tu. Memang kita kerap mahu ke tandas tapi kita wajib minum kerana kita akan kerap dahaga tertumanya pada waktu malam.
18.Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.
 : Ya betul. berehatlah. Jangan nak paksa diri buat segala hal rumah tangga contohnya mengemas, mop lantai or lain-lain. Seeloknya biar ada pembantu. Time rehat ni timba lah ilmu sebanyaknya contohnya ilmu penyusuan. Sue dulu memang study bab penyusuan. Kalau amik exam insyaallah lulus.. Hehe..Sebab sue dah kecewa time menyusukan Fatiha dulu. Sebab tiada ilmu dan fikir susu sikit. Tak mampu. So, ibu-ibu jangan yer. Niat semasa mengandung lagi nak menyusukan si kembar nanti. Jangan fikir bila dua orang susu kita tak cukup. Allah sentiasa beri yang terbaik. Susu sentiasa cukup untuk anak kita. Think positive and dont give up..doa..doa dan doa..
19.Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.
 : Betul . Sokongan suami adalah yang paling penting. 
20.Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
: Betul tu. semuanya berganda yer..Baju berganda.. Pampers berganda. Jadi menyimpanlah dari sekarang. Kos hospital pon berganda..heheh..tapi jangan fikir tak cukup..tak mampu..sebab Allah bagi anak tu adalah ada rezekinya masing-masing. Percaya lah..

INGIN MENCUBA SET KEHAMILAN SHAKLEE


TRIMESTER 1

VITALEA
Multivitamin yang memberikan ibu lebih bertenaga. Sangat bagus bagi ibu-ibu yang mengalami masalah HB rendah.Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

VITAMIN C 500MG
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(

VITAMIN B COMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

OSTEMATRIX
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
TRIMESTER 2 DAN 3
IBU-IBU BOLEH MENAMBAH OMEGA GUARD NAMUN PADA MINGGU AKHIR KEHAMILAN, OMEGA GUARD TIDAK PERLU DIAMBIL KERANA OMEGA INI BOLEH MENCAIRKAN DARAH. 
OMEGA GUARD
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.
HARGA SET INI?
BOLEH REFER SINI
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
HUBUNGI
SUE 012 5997529

PENGHANTARAN PERCUMA DI KAWASAN KOTA BHARU, KUBANG KERIAN, MULONG, NILAMPURI, TUNJONG