Wednesday 5 November 2014

MARMET CARA MEMERAH GUNA TANGAN

Kali ni sue nak share bagaimana cara kita memerah susu ibu menggunakan tangan atau dikenali dengan kaedah marmet. Mummy kena tau jugak yer, in case lupa bawak pam ke, emergency ke, bengkak susu or rasa-rasa yang tak best bila kita teringat anak di rumah.


Sue pernah beberapa kali tertinggal pam dirumah atau kadang-kadang tu tertinggal komponen pam tu kat rumah. Biasakan. So terpaksa la mencari botol. Biasanya Sue akan spare satu or dua botol kosong dalam meja di tempat keje. if tak da sangat botol mineral pon Sue guna. Pernah sekali tertinggal beg pam dan pam. Hari tu, Hana n Hani kurang menyusu malamnya. So apa lagi, memancut-mancut la susu. nak tak nak terpaksa cari botol dan marmet. Sedap jugak marmet kalo tahu cara. Best dan lagi cepat botol tu penuh. Lagi satu kita tahu kat mana susu keluar. Last2 sebotol penuh 500ml susu diperah. guna botol air mineral je..

CARA MARMET
1. Buat pegangan C lebih kurang jarak sepanjang ibu jari dari nipple atas aerola(boleh rasa biji-biji)


2. Letak ibu jari di bahagian atas aerola dan jari tunjuk kebawah payudara secara selari( lebih kurang 1 cm dari aerola atau kawasan gelap) 2-3 jari yang lain mengampu bahagian bawah payudara.


3. Tekan jari serentak ke arah dada. Kemudian picit ibu jari dan jari telunjuk serentak sehingga bertemy untuk mengeluarkan susu. Lepaskan dan ulang semula dengan pergerakan picit dan lepas, picit dan lepas. Ini bagi membentuk tekanan pada saluran susu diantara kedua-dua jari tersebut yang membantu pengaliran susu ke arah nipple.


4. Tadah susu kedalam bekas yang bersih. 


5. Buat berulangkali mengikut bulatan pada semua bahagian payudara. gerakkan jari anda ke sekeliling payudara supaya semua saluran susu yang berlainan dapat diperah.


6. Beralih kepada payudara satu lagi sekiranya pengaliran susu perlahan atau payudara telah dikosongkan.


7. Urut payudara sekali sekala semasa menggerakkan tangan anda. 


8. Selamat mencuba...selamat maju jaya...



TIPS SUSU BANYAK: SENTIASA POSITIF..YAKIN SUSU CUKUP UNTUK BAYI KITA..ZIKIR YA-MATIN 71 KALI...KERAP KOSONGKAN PAYUDARA..DAN FAHAM KONSEP DEMAND VS SUPPLY K..


TIPS SUE: MINUM ESP SELEPAS SESI MEMERAH DAN JUS KURMA. KURMA JUGA SALAH SATU MILK BOOSTER..


PAM ATAU MARMET PADA WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR. MINUM AIR 3L K...INSYAALLAH..DOA..DAN DOA..  


No comments:

Post a Comment