Friday 17 May 2013

TIPS PEMAKANAN KETIKA HAMIL

Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!

MAKANAN YANG TIDAK SESUAI KETIKA HAMIL



Kehamilan merupakan detik-detik yang paling indah bagi yang bergelar wanita. kisah-kisah lucu sering kita dengar ketika hamil...macam2 karenah kita time tu kan kawan2..mengandung si kakak, sue memang x boleh bau perfume...ingat lagi..sue suruh encik husband pakai perfume dalam kete...sampai bau die pon sue rasa busuk..heheh..13 minggu baru ok...haha..tapi bab2 makan sue x tolak.asyik berselera je..mmg menternak badan betul time tu..tapi, encik husband ni agak la control...die x bagi cik sue makan masam2..penah die sembunyikan buah mangga dalam almari..itu pon sbnrny cik sue yang mencari mangga secara sembunyi2 dulu,..hehe...x kirala rumah cina ke,  pokok mangga yang ada rumah anjing kt bawah la cik sue buat muka x malu pergi mintak..kempunan betul...heheh..bila teringat balik..pelikknya aku ni...ok kt sini cik sue nk share ape yang x boleh ibu2 yang comel2 ni makan...jom kita tengok

Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai
Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.


  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda
  •  
  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.


Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein. 

Oleh itu, buat la pilihan yang bijak...pilih makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan..


fikirkan yang terbaik buat si comel anda yang bakal lahir nanti...
Lengkapkan diet anda dengan pengambilan suplement mengandung yang sempurna dan memenuhi keperluan nutrisi anda dan si comel anda...


SET IBU MENGANDUNG(SET J-1)
TRIMESTER 1
VITALEA(MULTIVITAMIN)
VITAMIN C
VITAMIN B-COMPLEX
OSTEOMATRIX

SET IBU MENGANDUNG(SET J-2)
TRIMESTER 2 DAN 3
VITALEA(MULTIVITAMIN)
VITAMIN C
VITAMIN B-COMPLEX
OSTEOMATRIX
OMEGA GUARD

PM SUE UNTUK HARGA YANG ISTIMEWA ATAU INGINKAN SET PERCUBAAN
JOM..SMS SKRG 012-5997529

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : suetimie26[@]yahoo.com
Gmail : suetimie[@]gmail.com
 Call/Whatsapp/viber : 012-599-7529



PENYUSUAN SI KEMBAR

Menyusukan sikembar sue, si hana dan hani merupakan momen2 indah dalam hidup Sue...start dari hari pertama lahir lagi, Hana dan Hani dah pandai mencari susunya...sehingga sekarang, si kembar sue yang comel ini masih lagi menyusu..kadang2 ia menjadi salah satu hiburan bagi Sue..contohnya bila masing-masing berebut..kadang-kadang sampai tolak-menolak..tendang- menendang..dan kadang2 berpengangan tangan...ada juga sambil mengusap kepala yang sorang lagi...indah sangat saat-saat ini...Hana dan Hani lebih bijak mencari peluang..pantang je mamanya sampai di rumah..terus menyelak tudung mama..mencari sesuatu...hehe..

Hari ini hampir 15 bulan cik sue menyusukan Hana dan hani..alhamdulillah..akan diteruskan walaupon ada gigitan2 bersbisa gigi chomel2 itu....mama sayang hana n hani...

Hana dan hani masih disusukan posisi ini hingga hari ini...tp dah pelbagai posisi yang lagi advance...posisi ini sesuai ketika baby masih kecil....menyusukan si kembar perlu kreatif...heheh

Penyusuan susu ibu sebenarnya sangat melatih ibu supaya sentiasa berkreatif. Bukan sahaja dari segi menguruskan stok penyusuan, malah dari segi menangani situasi dan ragam bayi juga.

Sekiranya pada suatu masa dahulu, ada ibu yang bersalin kembar panik, dan tidak tahu betapa mereka mampu menyusukan kedua-dua bayi mereka secara serentak, tetapi sekarang tidak lagi. Malah dahulu, ada ibu yang terpaksa menggilirkan anak kembar mereka bagi menyusu. Sekiranya bayi A disusukan badan, bayi B akan diberikan susu tiruan. Sedangkan, apabila pengosongan payudara berlaku dengan serentak pada kedua-dua belah payudara, ini akan meningkatkan lagi produksi susu ibu dengan lebih efisien.

Selain daripada gambar di atas, posisi dukung bayi dan silang dukung bayi juga boleh digabungkan bagi menyusukan bayi kembar. Ini bermaksud, bayi A disusukan secara biasa, bayi B pula disusukan secara silang.

Mereka juga boleh disusukan dengan menggunakan posisi dukung bayi untuk kedua-duanya serentak. Dalam konteks ini, kaki bayi saling bersilang antara satu sama lain. Biasanya, posisi ini masih mudah dilakukan apabila bayi masih kecil ataupun dalam tempoh berpantang.

PETUA MEMBANYAKKAN SUSU IBU?

 Teringat lagi mula-mula cik sue menyusukan hana n hani..masa tu dalam 15 hari berpantang...ramai org cakap buah longan dapat menambahkan susu..hehe..ape lagi cik sue cubalah merebus segenggam lngan kering..heheh...best..??haha..pas tu..punya la bestnya bila badan menjadi kesejukkan dan menggigil..heheh..tu la..mak cik sue ckap..degil..x dengar org tua ckap...mula2 nk sembunyi..tp tetiba je mak terjenguk kt dapur,.nah..kn la bebelan...hahah..minum sikit je..tp mcm nk demam dh...susu x bnyk mana pon..badan je yg sejuk...so, kwn2 ingat tau..cangan pandai2..sbb kesan berbeza bagi setiap org...pas try shaklee barulah jadi..heheh..

Secara ringkas, anda semua boleh mencuba mengamalkan pemakanan seperti di senarai di bawah. Perlu diingat, kesan pada setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, cuba satu persatu dan kenalpasti makanan yang sesuai dengan biologi anda =)

1. Soya (Air/ Taufu)
2. Tauhu
3. Tempe
4. Bayam
5. Anak tamban
6. Keju
7. Ikan bilis
8. Daun kucai
9. Kurma
10. Oat
11. Barli
12. Longan (Segar/ Kering/ Tin)
13. Horlicks
14. Kopi Radix (Herba)
15. Halba
16. Pucuk betik
17. Jantung pisang
18. Air masak
19. Susu Anmum
20. Lobak putih
21. Sawi/ pak choy
22. Pucuk paku

dan...last sekali..mestilah supplement penyusuan Shaklee...heheh..yang kt atas tu cik sue dh try jgk..ada yng menjadi..ada yang x jadi..tp pas try set 3M  shaklee...terus jatuh hati...

jom kawan-kawan..sape2 yang masih mencari-cari lagi produk untuk menambahkan susu..boleh pm sue skrg...harga runtuh Mei ni..sebab cik sue nk celebrate beday...heheh..

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : suetimie26[@]yahoo.com
Gmail : suetimie[@]gmail.com
 Call/Whatsapp/viber : 012-599-7529



VIVIX..ANTI PENUAAN YANG TERBAIK DI DUNIA


 Alhamdulillah..bertemu lagi dalam entri cik sue kali ni. Tentang Vivix pulak..sempena bulan promotion Vivix ni...ramai yang nk tahu tentang produk hebat dari Shaklee ini. Selepas cik sue attend kusus kesihatan Wanita baru-baru ini, terkejut jgk cik Sue bila cik Sue tau yang sakit jantung merupakan pembunuh utama dalam kalangan wanita..ingatkan sebelum ni kanser...takut kan..jadi cik sue ingin berkongi, sebagai wanita..kita mmg terdedah dengan pelbagai masalah..antara sebabnya ialah
* pengambilan makanan yang tidak seimbang
* stress
* kurang bersenam
* faktor keturunan..dan sebagainya.. 

Oleh itu, sebagaiseorang yang inginkan kesihatan yang terbaik..kita haruslah menyediakan payung atau perisai yang kuat..Alhamdulillah..kali ini, vivix dapat menjadi salah satu perisai dalam menguatkan sistem imun kita daripada penyakit-penyakit ini...jom kita tengok..ape yang bestnye VIVIX ini..hanya satu sudu sehari sudah mencukupi..dan yang paling bestnya....semua unsurnya daripada alam semulajadi...


Vivix ™ Minuman botani mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.



Keistimewaan Vivix Shaklee

Satu Penemuan Revolusionari Dalam Anti-Penuaan Pada Tahap Sellular

Shaklee telah memperkenalkan Vivix, prosuk supplement revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual.

Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No.1 supplement/ makanan tambahan di Amerika.

Dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular. Kajian klinikal terkini memnunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan  pada tahap sellular.

Vivix adalah semulajadi. Ujian klinikal dijalankan keatas ramuan utama. Vivix adalah produk Shaklee yang eksklusif. 


4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular

Berikut adalah cara tindakan Vivix Shaklee:

1. Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun funsgi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tenaga didalam sel.

4. Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat daripada resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan protin AGE.


Vivix Untuk Siapa?

Vivix membantu menjaga dan memelihara:
- Kesihatan jantung
- Kesihatan otak
- Kesihatan sistem imun
- Kesihatan sendi
- Perlindungan antioksidan
- Peningkatan tenaga pada tahap sellular
- Kesihatan optimum dan kesejahteraan.


 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : suetimie26[@]yahoo.com
Gmail : suetimie[@]gmail.com
 Call/Whatsapp/viber : 012-599-7529