Monday 27 October 2014

KHASIAT AIR KELAPA KEPADA IBU HAMIL

Masih terasa lagi nikmat meminum air kelapa semasa mengandungkan fatihah, Hana dan Hani. Dalam seminggu, mesti encik suami membelikan air kelapa. Mentua selalu pesan, jangan lupa minum air kelapa tu..Banyak khasiat tu..mama dulu memang amalkan selalu. Jadi petua orang dulu-dulu mesti kena ikut. tak banyak pon sikit jadilah..


Apakah khasiat air kelapa ini?




Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari. 

No comments:

Post a Comment