PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41,
akibat serangan jantung memberi kejutan dan seharusnya dijadikan
iktibar kepada kita semua, khususnya yang mempunyai sejarah keluarga
menghidap sakit jantung.
Ramai terkejut kerana beliau meninggal
dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat dengannya juga
tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa
berlaku kepada mangsa serangan jantung lain.
Termasuklah dalam keluarga Sue. Pemergian arwah abang dan ayah sangat mengejutkan semua. Abang pergi mengadap ilahi dalam usia 34 tahun. Manakala ayah pula dalam usia 63 tahun. Bayangkan dalam masa 6 bulan, sue kehilangan 2 insan tersayang. Sedih dan sayu sangat mengenangkan nasib anak2 buah Sue ketika itu. Kakak ipar Sue sedang mengandung 6bln. Si kecil itu dan satu2 nya anak lelaki tidak sempat menatap wajah ayahnya. Apatah lagi si kakak dan adik yang begitu rapat dengan ayahnya. Di sebabkan kematian yang mengejut, doc mengesahkan bahawa kematian itu disebabkan jantung. Sedih..ayah dan abang tidak pernah ada rekod sakit di sebabkan jantung..sebelum ini, sihat dan segar shj..Ternyatalah, sakit jantung mmg pembunuh dalam senyap.
Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan. jom kita tengok apa yang perlu kita tahu tentang penyakit ini..
-Kelesuan (F).
-Aktiviti menjadi terhad (A).
-Dada terasa sesak (C).
-Buku lali bengkak atau edema (E).
-Sesak nafas (S).
FACES
adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia
bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri
umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap
kesihatan diri.
Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan
hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan
adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani
pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia
mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.
Penyakit jantung
tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk
terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit
yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain
seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.
Namun,
paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi
menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke
seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada
sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan
kegagalan jantung.
Mengikut fakta, penyakit jantung atau
kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah
pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.
Berdasarkan
kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan
peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan
masalah kegagalan jantung dan edaran darah.
Apabila disebut
mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai
tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko.
Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang
menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser
dan penyakit berjangkit lain.
Masalah tersembunyi Aterotrombosis
berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding
salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak
tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran
darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung
(jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran
darah ke otak terhalang).
Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi
masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke
otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan
kerosakan pembuluh darah.
Ini sebabnya setiap orang perlu
mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang
boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang
tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan
sejarah keluarga mendapat sakit jantung.
Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:
-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.
Gejala
seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan
darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi
(tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak
mempunyai gejala.
Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka
sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh
menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan
sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat
mengurangkan tujuh peratus kematian.
Kira-kira 24 peratus rakyat
Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah
tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal
tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan
darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah
ini.
Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga
pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh
sehari) dan bersenam.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga
pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya
perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.
No comments:
Post a Comment