Tuesday 17 June 2014

IBU...IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU


Assalamualaikum semua..Entahlah..kali ni Sue tergerak hati nak share sesuatu tentang 2 insan hebat dalam gambar ni..Siapa ni? Inilah mak dan mama Sue..Mak sue yang berbaju merah dan mama iaitu mak mentua sue yang berbaju sonket maroon tu...

Ya Allah..rindunya kat mak...padahal baru jer balik minggu lepas.. Sue ni tak reti nak cakap, mak..cik rindu sangat kat mak depan die..sebab mak ni straight sikit...Garang jugak..tu cik sue ni garang jugak...tapi sangat-sangat ingat pada mak..Sekarang mak kat kedah bersama 3 rang anak buah yang menemani die..cita-cita cik Sue nak mak di Kelantan bersama kami..Tapi tu lah..macam-macam mak fikir selepas ayah tiada ni..Mak adalah mak yang terbaik..terlalu menyanyangi sue..cuma die tak reti nak cakap jer die sayang saya..Mak sentiasa menemani saya di kala saya susah, dikala saya di tinggalkan suami semasa outstation..Mak sanggup datang menemani saya..Dari Kedah hingga ke Kelantan..cita-cita saya ingin menjaga mak dan nak mak tinggal bersama Sue di sini..Bila teringat...mesti kol..tak kisahlah tengah drive ke...kejap pon x pe...dan ayat last mak mesti die cakap...dah2 la..kang kredit mak habis....padahal Sue yang kol..heheh,,tu trade mark mak sue..Gambar ni semasa majlis cukur jambul si kembar Hana dan Hani..Mak jaga saya sejak Hana dan hani masih dalam perut lagi..sejak kandungan Sue 8 bulan sebab keadaan yang tidak mengizinkan.. Terlalu mulia pengorbanan mak..Tak dapat nak balas dan ucap dengan kata-kata..Hinggalah Hana dan Hani selepas pantang..Sayang sangat kat mak...semoga mak sihat dan dirahmati Allah selalu..

Mama pulak...mama adalah mama yang best sangat..Mama sama macam mak. Mama layan Sue bukan macam menantu..tapi macam anak sendiri. Mama berkongsi minat yang sama macam Sue..kalo g Shopping tu..sampai tak perasan pon yang matahari dah sembunyi..Hehe..Abah pon dah faham kalo dua beranak ni kluar..memang la..Selama 6 tahun perkahwinan kami, Sue rasakan cukup bersyukur di jodohkan dalam keluarga yang bahagia ini. Hubungan yang erat antara adik beradik dan ipar duai merupakan satu jalinan ukhwah yang mungkin tidak dapat dijual beli. Sue yang tiada adik dikurniakan adik-adik dalam family ini..Hebatkan ketentuan Allah.Allah merencanakan segala yang terbaik untuk kita. 

Segala nasihat mama dan mak sentiasa terpahat di hati ini. Semoga kekal menjadi panduan hingga akhir hayat Sue. Doakan kami dapat terus berbakti kepada insan-insan teristimewa ini..

Salam kasih sayang untuk semua

Luv
Sue

No comments:

Post a Comment