Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar
kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.
Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita
muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan
penuh kemanisan:
1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.
Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat
atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga
menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan
izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia
akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita ,
kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang
kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari
tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah
sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur
akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya
amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu
menjayakan apa yang diusahakan.
Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud
hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu
dijaga.
2. Menjaga pemakanan
Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan
keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan
pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan
diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan
supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si
ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.
Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat
penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan
susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh
menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi
kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan
dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang,
sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut
yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan
terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan
demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan
zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah
pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu,
mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan
anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.
Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt
3. Kekerapan penyusuan.
Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk
memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu
yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual
pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.
Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang
tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan
supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun
mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu
dengan banyak
tidak akan berlaku.
4. Fikiran yang Positif.
Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat
membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di
usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa
dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada
persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra
sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap.
Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang
kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah
penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak
seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga
pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu
belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah
orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah
mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda
mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat
dicapai.
Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses
muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan.
Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang
menyusukan anak.
No comments:
Post a Comment