Saturday 27 April 2013

AMALAN MENAMBAHKAN SUSU BADAN

Amalan Untuk Menambahkan Susu Badan .


1 – Baca selawat ke atas nabi dan bismillahirrahmanirrahim ( selawat – ambil seperti selawat dalam tahiyat juga boleh) sebelum memulakan penyusuan pada anak atau mengepam.

2 – Baca surah Albaqoroh (sapi betina) – ayat 60 – letakkan tangan di payudara , usap dan doa kepada Allah dalam hati agar murahkan rezeki anak dan kita mampu keluarkan susu yang cukup untuk anak, sekurang-kurangnya sehingga anak berusia cukup 2 tahun. in sya allah.
3 – Berfikiran positif , positif dan positif. Jangan cepat panik jika susu berkurang walau anak baru berusia beberapa minggu @ baru 6 bulan awal, susukan seperti biasa.
4 – Perbanyakkan istighfar ( astagfirullahal3azim) , ulang dan ulang dalam keadaan dalam hati berserah dan berdoa pada Allah. Istighfar ini kita mohon ampun pada Allah , kesali kesalahan kita yang dilakukan terdahulu sedar atau tidak , hati memohon agar dosa-dosa itu tidak menghijab rezeki anak yang masih kecil.
5 – Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
Teori demand and supply – semakin besar permintaan , semakin banyak supplier perlu hasilkan permintaan.

Pemakanan

1 – Jenis-jenis sayur yang boleh membantu membanyakkan penghasilan susu ibu.
- brokoli *
- kobis *
(* jenis berangin @ boleh buat kembung. ada bayi yang sensitif , akan kembung perut jika ummi/ibu mengambil makanan berangin , jadi ibu-ibu perlu berhati-hati dalam memilih makanan)
- lobak merah
- lobak putih – buat jus pun boleh.
- saleri
- sawi putih
- peria
- ulam pegaga
- ulam jantung pisang (yang telah direbus)
- daun pucuk betik
-petola
- bayam
- kacang hijau – boleh buat bubur. boleh campur dengan beras merah bagi memekatkan susu.
= sayur-sayur hijau.

2 – melebihkan makanan yang berprotein
3 – nasi dicampur dengan halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

**tidak semua diamalkan oleh isteri saya , ada tu petua orang lain.
jadi di sini, saya sekadar rangkumkan.
Yang mana menjadi keselesaan ibu , boleh cuba.
Minuman
1 – Minum air banyak-banyak. (banyak mana? – lebih dari 1.5 liter satu hari) , sebolehnya, sebelum susukan anak , minum segelas , selepas susukan anak, minum segelas.
2 – Habbatus sauda + madu – kisarkan biji habbatus sauda , isi 1/2 sudu teh dengan habbatussauda , masukkan ke dalam cawan dan tambah air. tambahkan 2-3 sudu teh madu.
3 – minum susu (kambing/lembu). ambil dalam 3-4 hidangan dalam sehari.
4 – perbanyakkan minum jus/air buah-buahan. (tanpa tambahan gula)
5 -Minum air asam jawa yang direbus bersama gula merah dan 3 asam keping.
6 – Ambil beberapa helai daun betik muda , rebus. minum air rebusannya. 2-3x sehari.

No comments:

Post a Comment