Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik,
menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat
beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia
diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang
memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada
faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan
itu sendiri.
Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal
dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan
menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan
kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan
dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu
membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari
Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan
meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan
badan.
Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk
membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai
iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana
ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.
Untuk
mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic
of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang
menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka
menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.
Dalam majalah
Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan
setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.
Ini memberi
peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan
keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan
dari segi kebijaksaan ibu.
Kajian yang di biayai oleh Institutes
of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di
berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari
kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.
Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan
kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh
doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan,
penulisan, matematik dan subjek yang lain.
Pada usia 6.5,
kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih
tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan
intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai
kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan
penulisan.
“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan
kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara
kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami
adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan
dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun,
ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu
badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan
interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.
Long-chain
fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth
factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap
terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan
emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada
perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu
dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap
perkembangan kognitif kanak-kanak.