EBM - Penyimpanan dan Pengendalian
Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu
boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu
mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan
kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak
musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya
kekal segar dan tahan lama.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU
YANG DIPERAH
* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah,
disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia
bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm
tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
* bekas plastik atau botol susu
bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik
berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang
memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh
digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan
telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA
SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.
Apabila susu telah disimpan di dlm
bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang
terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang
terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan
tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan
harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi
untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond)
(25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC),
boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil,
cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku
- 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah(rak paling atas) (2
°C- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari
yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) -
24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam
tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan
selama 1 tahun
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan
sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak
boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh
disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
* Simpan susu yg telah diperah di
bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara
kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih
baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di
dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian
bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan
dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku
adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari
minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu
perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru
di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam
bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama
dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan
esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
* Jangan simpan susu perahan di
bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana
kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan
di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke
penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku
apabila susu dibekukan
==========================================================